Assalammualaikum...
I know it's been awhile but I'm coming back to this lil' space of mine for good. Welcome to the new "Chapters".
Kalau dulu, otak aku lagi selesa meluah dalam bahasa Inggeris, kali ni aku redah ikut bahasa mana yang otak aku nak luahkan. I guess, that's the perk of being multi-lingual; kau bebas meluahkan menggunakan bahasa apa pun yang kau suka.
Kalau dulu, aku terlalu strict dengan otak aku;
"Oh, ini perlu disimpan. Tak penting untuk kau luah..."
Kali ini, tidak. Ini lah ruang aku. Ruang untuk aku bercerita segala benda dan semoga dengan cara ini, aku dapat jumpa diri aku yang telah hilang. Terlalu banyak untuk dimuntahkan, terlalu berselirat sehingga aku rasa diri aku tersekat dan ini lah ikhtiar aku untuk mencari jalan kebebasan.
It's been years. Mungkin pembaca lama dah tak ada. Mungkin juga CHAPTERS akan bermula semula dari kosong.
Dan itu tak mengapa...
Kalau kau terjumpa jalan di dalam dimensi perjalanan aku ini, aku ucapkan selamat datang. Semoga kau jadi pembaca yang matang, yang tidak akan mengadili diri ini dan semoga kau jumpa ruang jawapan yang kau cari.
Siapa tahu, jalan kau dan aku mungkin hampir serupa. Dan sekiranya cerita kita hampir sama, aku harap waktu itu aku dah jumpa solusinya dan semoga solusi tersebut membantu engkau sama. Semoga permulaan kita bukanlah satu pengakhiran pembacaan buat engkau.
Semoga perjalanan yang akan dicatat mampu mengubah pengakhiran cerita kepada segalanya....


0 comments