Chapter 224: Hampir

 Assalammualaikum.

Aku seolah kembali ke dunia yang pernah aku cipta. Dunia yang mana aku mendidik diri untuk menyendiri. Mungkin benar, hidup itu satu putaran roda yang mana kau akan jumpa balik titik yang sama tersebut. Yang membezakan hanyalah masa. Masa yang membentuk kematangan kau untuk melalui perjalanan yang hampir sama, tetapi dengan jiwa yang berbeza.

 "Kenapa hampir..?"

Kerana saat kau melalui peritnya perjalanan itu sekali lagi, sakitnya tidak seperti saat kau laluinya pada kali pertama. Kali ini, minda kau sudah lebih awal melukis penghujungnya. Kau sangka ia akan berakhir seperti dahulu, sedangkan siapa tahu, takdir kali ini memilih noktah yang berbeza.

Bahkan, memori kau mungkin akan teringat pilihan lain yang kau ada, jalan lain yang kau rasa; "Kalau lah aku pilih jalan yang lagi satu dulu..".

Mungkin inilah peluangnya untuk kau gunakan rasa kalau itu. Macam aku kata tadi, siapa tahu pengakhirannya begitu.... "Kau pulak harapkan pengakhiran yang macam mana...?"

Aku hanya mampu tersenyum, kerana sesungguhnya aku sendiri tak tahu, adakah aku masih mempunyai ekspektasi tersebut. Yang aku tahu, selagi aku masih mampu meneruskan hidup, selagi jiwa ini belum mati, aku percaya, inilah jalan yang Allah dah takdirkan untuk aku. Siapa tahu, mungkin aku semakin hampir ke pengakhiran destinasi yang dituju...

 Mungkin benar, hidup ini sebuah putaran. Tetapi aku bukan lagi orang yang sama ketika roda itu membawa aku kembali ke sini.🌸

0 comments