Chapter 227: Teruntuk Diri — 1 : Pelakor atau Pendosa



Wahai sang diri, 

Hari ini aku dapat satu konklusi yang baru, bahawa sesungguhnya hidup ini kelakar. Kalau kau tanya aku sekarang, aku sedang berada dalam dunia yang dipenuhi pelakor; dan sejujurnya, aku juga sedang memainkan peran yang sama. 

Kitarannya mudah: kita semua akan memulakan hari dengan memakai topeng yang mempamerkan kebaikan. Namun di sebalik topeng yang dipakai, tersembunyi mata yang menilai. Kita bukan hanya menilai, tetapi kita juga menyebarkan. 

Kau tau apa yang membezakan kita semua?

Cara kita menilai... 

Cara kita menyebarkan...

Dan akhir sekali, 

Apa yang kita sebarkan... 

Sesungguhnya kita manusia yang lucu dan hebat bermuka-muka. Di hadapan mereka, kita memuja, bermanis muka. Tetapi di belakang, kita mentertawa, mencaci dan mengata seolah-olah kita manusia tanpa dosa. Sehingga kita alpa bahawa di belakang kita, kita juga dinilai dan dimengata.  

Jadi apa yang aku mampu konkludkan..?

Wahai diri...

Kita semua pelakor yang berdosa. Sedarkah kau bahawa kau juga sama? Jadi sebenarnya, apa yang membezakan kita...?

Mungkin cuma sejauh mana kita melakukan dosa... 

Jadi, wahai diri...

Berhentilah menjadi sang tertawa, dan biarkanlah mereka terus mentertawa. Semoga dengan perubahan watak ini, kau tetap menjadi peran utama. 

Look inward before looking around. Everyone carries their own flaws. Choose the character you want to become.💕

 

0 comments